MYTV box / MYTV decorder (Freeview)

 

MYTV adalah siaran tv digital percuma di Malaysia. Malaysia telah menuju ke siaran digital sepenuhnya. Oleh itu siaran lama yang mengunakan sistem analog telah ditamatkan sejak Nov 2010. Perkhidmatan ini menyediakan siaran dan gambar yang lebih baik dan jelas berserta dengan siaran lebih daripada 10 rangkaian dan beberapa rangkaian FM. Sebelum ini, ada yang terpilih ada yg mendapat decoder secara percuma dari kerajaan dan yang tidak dapat boleh beli di pasaran atau kedai Elektrik. 

Biasanya TV keluaran baru-baru ini juga ada yang telah mempunyai built-in MYTV yang penguna tidak perlu beli MYTV decorder . Penguna cuma perlu sambung ke antenna digital untuk dapatkan siaran. 

Buat masa ini, saluran yang boleh diterima adalah TV1, TV2, TV9, 8TV, NTV7, ALHIJRAH, TV OKEY, BernamaTV, CJ WOW, RTM HD, TV3 HD & BES TV. (ia berubah dari masa ke semasa, dan makin bertambah).