10 Rahsia Menjaga Peti Sejuk Supaya Tahan Lama
Rahsia 1 – Pastikan Peti Sejuk Stabil & Tidak Senget
Jika peti sejuk senget, ia bekerja lebih kuat dan cepat rosak. Pastikan ia berada di tempat yang rata dan stabil.
-
Letak peti sejuk di lantai yang rata.
-
Jika bergoyang, laraskan kaki hadapan sehingga stabil.
-
Bila pintu dibuka, pastikan peti sejuk tidak bergerak.
English:
If your fridge is tilted, it will work harder and spoil faster. Make sure it is on a flat and stable surface.
-
Place the fridge on flat ground.
-
Adjust the front legs if it shakes.
-
When opening the door, the fridge should not move.
Rahsia 2 – Tetapkan Suhu Yang Betul
Suhu yang betul menjimatkan elektrik dan menjaga makanan.
Jika terlalu panas, makanan cepat rosak. Jika terlalu sejuk, elektrik membazir.
-
Peti sejuk: 3°C – 5°C
-
Freezer: -18°C
English:
The right temperature saves electricity and keeps food safe.
Too warm = food spoils fast.
Too cold = waste of electricity.
-
Fridge: 3°C – 5°C
-
Freezer: -18°C
Rahsia 3 – Jangan Letak Terlalu Penuh
Jika terlalu penuh, udara sejuk tidak dapat bergerak. Ini membuatkan peti sejuk cepat rosak dan makanan tidak sejuk sekata.
-
Isi 70–80% sahaja.
-
Tinggalkan ruang antara makanan.
-
Jangan tutup saluran udara di belakang.
English:
If too full, cold air cannot flow well. This makes the fridge spoil faster and food unevenly cold.
-
Fill only 70–80% full.
-
Leave space between items.
-
Do not block the back vents.
Rahsia 4 – Bersihkan Gegelung Belakang
Gegelung belakang mengeluarkan haba. Jika kotor, peti sejuk guna lebih elektrik dan cepat rosak.
-
Cabut plag sebelum bersihkan.
-
Gunakan berus lembut atau vakum.
-
Bersihkan setiap 3–6 bulan.
English:
The back coils release heat. If dirty, the fridge uses more power and wears out faster.
-
Unplug the fridge before cleaning.
-
Use a soft brush or vacuum.
-
Clean every 3–6 months.
Rahsia 5 – Periksa Getah Pintu
Getah pintu yang longgar membazirkan elektrik. Udara sejuk keluar, udara panas masuk.
-
Tutup pintu dengan sekeping kertas.
-
Tarik kertas itu perlahan-lahan.
-
Jika mudah keluar, getah perlu diganti.
English:
Loose door seals waste electricity. Cold air escapes and warm air enters.
-
Close the door with a piece of paper.
-
Pull the paper gently.
-
If it slides out easily, replace the seal.
Rahsia 6 – Susun Barang Dengan Kemas
Penyusunan yang kemas membantu udara sejuk bergerak sekata.
-
Letak daging mentah di rak paling bawah.
-
Kumpul barang yang sama bersama.
-
Gunakan bekas lutsinar supaya mudah nampak.
English:
Good organization helps cold air flow evenly.
-
Put raw meat on the lowest shelf.
-
Group similar items together.
-
Use clear containers to see food easily.
Rahsia 7 – Biarkan Makanan Panas Sejuk Dahulu
Makanan panas membuat suhu dalam peti sejuk naik. Ini membuatkan peti sejuk bekerja keras dan makanan lain cepat rosak.
-
Biarkan makanan panas sejuk dahulu.
-
Simpan dalam 2 jam selepas masak.
-
Tutup dengan penutup atau balut plastik.
English:
Hot food raises the fridge temperature. This makes the fridge work harder and other food spoil faster.
-
Let hot food cool first.
-
Store within 2 hours after cooking.
-
Cover with a lid or wrap.
Rahsia 8 – Cairkan Ais Bila Tebal
Ais tebal menyekat udara dan ruang simpanan.
-
Jika ais lebih 0.5cm, cairkan segera.
-
Tutup suis dan keluarkan makanan.
-
Jangan ketuk ais dengan benda tajam.
English:
Thick ice blocks airflow and storage space.
-
If ice is thicker than 0.5cm, defrost it.
-
Turn off power and remove food.
-
Do not use sharp objects to chip ice.
Rahsia 9 – Guna Pelindung Voltan
Lonjakan elektrik boleh merosakkan peti sejuk.
Gunakan pelindung voltan untuk lindungi peti sejuk anda.
English:
Power surges can damage your fridge.
Use a voltage protector to keep it safe.
Rahsia 10 – Bersihkan Peti Sejuk Sebulan Sekali
Peti sejuk yang bersih tahan lebih lama dan makanan lebih selamat.
-
Bersih sebulan sekali.
-
Lap rak dengan air sabun suam.
-
Buang makanan tamat tempoh.
English:
A clean fridge lasts longer and keeps food safe.
-
Clean once a month.
-
Wipe shelves with warm soapy water.
-
Throw away expired food.